sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Isnin, 23 April 2012

sebentar bersama anak-anak kecil yang ku sayang.

  23 April 2012
salam ukhuwaah

sekadar coretan bagi menghilangkan kebosanan di rumah.. semalamkan cuti, so, saya bersama abi dan abi husna pergi menziarahi adik al-fatih. kami pergi bersama ummi dan abi amni auni dan keluarga abang saya nazri.  kami memang da pergi melihat adik fatih sebelum ini, kebetulan mak datang sekali menemani adik fatih, maklumlah adik fatih baru pertama kali datang ke selangor ni. semalam kami yang duduk bedekatan lambat skit sampai. maklum la.. nak bagi orang jauh sampai dulu.. hehe.. dalam pukul 5.30 ptg kami sampai, wah. meriah nye melihat anak saudara ku bermain. kami telah di hidangkan dengan mee kari, sedap2.. hehe. kami sampai fatih tido. ish.. moknah datang je fatih tidur.. bangun.. bangun..
seronok nye dapat tidur, walaupn kena kacau. hehe
anak2 saudara ku sibuk nak ambik gambar. so aku layan je la.. lihat la photo yang di ambi oleh anak saudaraku yang cerdik.


sayang adik fatih..

afiq ambil gambar

aufal yang ambil.pandai ank saudara ku..

cik ni cbuk nak bergambar.. saya lena je tidur.. 

malu sya.. saya da wangi semua. hehe



husna cibuk brmain

seronok melihat anak2 kecil ni. macam2 kerenah, semoga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah. amin


coretan: masyitah nur jannah






Isnin, 16 April 2012

salam ukhuwaah

kekurangan idea untuk berblogging.. kalau orang lain mesti tulis diari kan. aku tok reti la nok cerita pasal diri aku.. bagi aku tok perlu nak jaja kat sini kan. itu hanya pendapat aku. aku bukan x sokong.. cume x berminat. hihihi. macam sama je kan.

berblogging ni saje nak bagi aku pandai sikit menulis. walaupun ayat merapu macam ape tah. tapi seronok juga. hehe. sekarang aku rase macam nak buat satu cerpen je.. bia la merapu pn,,,, berangan je lebih.. hahaha..

sekarang tengah cuti.. so xtau sgt nak buat ape.. duk jage ank sedare aku yang cerdik ni. huhu.. alang2 aku on9 je.. tu tengah cari idea nak buat ape selain online je. tapi xde kan.. xpe la. nt mane la tahu ade job ke. hope ade la..

eh..  hari ini aku merapu je kan.. malas da merapu. ok la

Ahad, 15 April 2012

salam ukhuwaah

tetiba malam ni rase macam nak menaip lak. huhu. so, blog la jd mangse aku. aku pn x tau nak tulis ape dalam ni. xde idea. hahhaha..

eh, tetiba aku teringat, tadi aku bace blog sorang kawan aku, die baru lg la jg budak2 blogger ni. kire ok la kan.. walaupn banyak kali buat, hope yang ni kekal la ye. hehe.. tu pun ade la orang yng menolong die.. ok la.. sekurang2 nya die nak juga berblogging. sekadar berkongsi ilmu n meluahkan ape yng terpendam.. so. good luck for my kwan ku. kire cam adik juga la.. haha.. jgn marah aku ye.

tapi aku rase die ni bagus la.. die mempunyai cita2 y besar. hehe. hobi die bgus walaupn die belajar aliran agama. tapi bgus la.. boleh juga bdakwah melalui hobi die. seronok la berkawan ngn die ni. walaupn aku sering dikenakan olehnya.. sgt2 suke kn ble dikenakan.. hohohoho

hope die dpt mncapai cita2nya n dapat bersama dgn org yang tersayang.. jgn putus ase bro...

all the best..  aku sayang ko sahabat.. haha.. 

Isnin, 2 April 2012

kekeliruan. ..

salam ukhuwaah



"nak pilih beliau? eh,, beliau la bagus.. em.. ala.. mane nak plih ni.? erm.. korang mesti ingat nak plih someone yang mnjadi peneman korang. sebenarnya tak la. ni nak pilih seorang yang boleh mnjadi pemimpin dalam negara yang aman ni.. bukan senang kita sebagai rakyat nak pilih seseorang untuk memimpin negara ni.. kalau plih si A, tkut salah.. kita x tau ape yang die nak. ikhlas ke die nk mntadbir negara. kalau si B plak, tgok da ok.. tapi sape tau. time kempen mang baik.. memang susah kan..

aku pun skrg duk pikir je mnde ni. takut tersalah pilih plak.. bhye kalau salah pilih.. nt negara x aman.. tapi nk plih seorang pemimpin ade je cre nye.


Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat
quwwah dan amanah sekaligus. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya
seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam
perjalanan jauh." (HR Bukhari)


Syarat-syarat pemilihan pemimpin yang disepakati oleh ulama, termasuk alMawardi, pengarang kitab `Al-Ahkam al-Sultaniah, antaranya ialah:-
• Muslim akil baligh dan lelaki. Kanak-kanak yang belum dewasa tidak
boleh dijadikan ketua. Syarat lelaki ini didasarkan kepada sekatan atau
halangan yang terdapat pada seorang wanita dalam pergaulan (seperti
menjaga aurat selain keadaan fizikalnya dsb). Adalah tidak praktikal kalau
perempuan menjadi ketua negara atau jawatan yang sepertinya.

  • Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah S.W.T., tidak menyalahi kitab 




Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Maksudnya, pemimpin perlu
bertakwa dan ikhlas, tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan
zakat, puasa dan mengerjakan haji dan berupaya menjamin hak-hak
manusia di bawah jagaannya meliputi perkara-perkara agama, akal,
keturunan, nyawa, harta dan kehormatan.

• Berilmu. Menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu fardu  ain, khususnya
yang berkaitan dengan akidah, syariah dan sistem akhlak Islam. Juga
perlu menguasai ilmu-ilmu fardu kifayah, bahkan mestilah dapat
membezakan sekali gus melaksanakan amar ma`ruf nahyul munkar. Ini
bermakna pemimpin mesti banyak membaca dan bahan-bahan
bacaannya harus keluas sesuai dengan perubahan pesekitaran dan
peredaran masa supaya sentiasa proaktif menangani kepimpinan
pasukan/jamaah.

• Mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berteraskan ilmu,
hikmah, kebijaksanaan dan kaedah yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Pemimpin wajar mempunyai pandangan yang tajam sesuai
dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa Allah suka kepada pandangan yang tajam (kritis)
ketika terdapat kekeliruan dan (Allah suka) kepada  akal
yang matang ketika hawa nafsu menyerang".

• Beradab mengikut akhlak Islam, supaya mampu menjadi contoh teladan
(qudwah) untuk diikuti oleh orang yang dipimpinnya. Pemimpin perlu
melaksanakan apa yang diperkatakan, juga mesti mempunyai sifat-sifat
mahmudah seperti takwa, jujur, ikhlas, merendah diri, pemaaf, tetap
pendirian  (istiqamah) dan seumpamanya. Sentiasa memastikan
kebersihan jiwa dan rohani dengan sentiasa menyelidik dan memeriksa
segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memper-baikinya. Dia
mesti senantiasa merasakan betapa berat amanah yang dipikulnya tetapi
berkeyakinan mesti mampu melak-sanakannya.


• Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan. Keperluan kesempurnaan
dan kesihatan fizikal tubuh badan sama pentingnya dengan aspek-aspek
keilmuan dan kerohanian. Akal yang sejehtara itu letaknya pada badan
yang sihat seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi
Allah daripada lelaki yang mukmin tetapi lemah fizikalnya."

Beberapa ciri tambahan yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan pemimpin
ialah:

• Mengenal jemaahnya: Pemimpin harus sentiasa menilai tindak-tanduknya
dalam mengendalikan aktiviti organisasi dan mengurus sumber manusia
dengan teliti dan jujur. Hal ini menuntut pemimpin  memahami dengan
mendalam situasi-situasi fikiran dan organisasinya, memiliki kemahiran
mendengar supaya dapat menghargai pendapat-pendapat para
anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.

• Mengenali jiwa dan potensi diri. Pemimpin wajib mengetahui potensipotensi yang ada pada dirinya, seterusnya bertindak mengukuhkan manamana kekuatannya dan menguatkan mana-mana kelemahannya. Dia
mesti berusaha bersungguh-sungguh memperkaya pengetahuan amnya
serta banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam
pelbagai lapangan. Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji
peribadi pemimpin-pemimpin unggul serta mengetahui  cara-cara mereka
memimpin, sebab-sebab ataupun faktor-faktor kejayaan atau kegagalan
mereka.

• Memberi perhatian kepada anggota-anggota jemaahnya. Pemimpin harus
mengenali secara dekat ahli-ahli organisasinya yang terdidik dalam
pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran supaya potensi mereka dapat
dimanfaatkan untuk kepentingan organisasi. Kepercayaan harus diberikan
kepada ahli-ahli organisasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan
mengikut kemahiran yang mereka miliki. Jika pemimpin dapat menawan keyakinan orang-orang bawahannya, ia akan lebih mudah mendapat
sokongan padu dari orang bawahnya dalam melaksanakan sesuatu
program organisasi.

• Kuat kemahuan. Ia adalah rukun penting bagi peribadi ketua. Hanya
dengan kemahuan yang kuat sahaja, pemimpin sanggup  mendepani
segala rintangan yang pasti berlaku dalam organisasi.

• Optimisme. Pemimpin adalah simbol dan model yang berpengaruh di
kalangan pengikut atau ahli-ahli organisasinya. Sikap optimis berhemah
pemimpin akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli organisasi untuk
mencapai visi dan matlamat organisasi. Sebalinya, sikap putus asa
pemimpin akan melunturkan semangat sekali gus melorongkan ahli-ahli
organisasi ke kancah kekecewaan.

p/s: just copy n paste.. ade salah silap sila tegur




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...