sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Jumaat, 22 Mac 2013

Terima kasih ya Allah.

Assalamualaikum. w.r.t

Bismillahirrahmanirrahim.


 Firman Allah yang bermaksud: “Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah” ( Surah Ibrahim ; 34)

Alhamdulillah. Kita  masih di beri kesempatan untuk menghirup udara untuk meneruskan perjuangan kita. Semoga kita sentiasa dalam keredhaan Allah... Amin.. 

Ana bersyukur kerana telah dikurniakan seorang suami. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu. Berikan kami kesabaran dalam menempuh hari2 yang mendatang. Hampir 4 bulan kami bergelar suami isteri. Dan ana rasa baru 3 hari je berlalu. Terima kasih ya Allah.. 

"Apabila berkahwin, kita baru tahu apa itu tanggungjawab bersama".

Betul tu,, sebelum berkahwin kita rasa macam senang je kan. Tetapi, sebenarnya hanya kita je yang memahami keadaan sebenar. Penuhi hati dengan sentiasa mengingati Allah. Itu yang boleh membantu untuk kita merasa kemanisan berumahtangga. Jangan terlalu bermain dengan emosi. Sentiasa berusaha jauhkan diri dari bisikan dan hasutan syaitan..

Satu kenikmatan selepas berkahwin adalah terasa diri ini dijaga. Selama ini kita ada keluarga untuk menjaga kita. Tetapi keluarga mempunyai banyak komitmen. kita terjaga,, tetapi bila kita diluar, bersama kawan. apakahk kita dijaga? Susahkan. Alhamdulillah. Sekarang kita terjaga dari fitnah dunia. Kita jauh dari kemaksiatan. InsyaAllah. 



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Doakan kami sahabat2. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...