sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Rabu, 3 Julai 2013

Terjagakah diriku?

Assalamualaikum sahabat sekalian. 

Sering kali sekarang aku dengar suara2 mengatakan.. " kenapa nak bertudung labuh, sedangkan aku sekarang aku pun dah pakai tudung"  

Alhamdulillah, masih lagi istiqamah untuk menutup aurat. Tapi aku cuma fikir, kalau pakai tudung, tetapi kenapa masih jelas bentuk badan tu? erm.. Masih jelas di bahagian dada. jelas menonjol.. (maaf terkasar sikit). Dan ini realiti zaman sekarang. Dan yang paling sedih, berjubah dah cantik, tapi sayang. Jubah tersebut terlalu menampakkan bentuk badan yang x berapa nak slim. maaf.

Yang paling tak seronoknya, bila di Kolej aku ni. Yess. Kolej islam.. Korang yang belajar di kolej islam patut menjaga pemakaian. Bawa islam tu keluar dengan penuh makna Islam tersebut. Bukan islam sekadar nama sahaja. Semua bebas nak pakai macam mana pun. Tetapi cuba tanamkan kan sifat malu dalam diri, tak banyak, sikit pun dah kira baik. Jangan malu kerana tak ikut trend semasa. Tetapi. malu lah kerana masih ada lagi aurat mu terdedah. 



Cuba kita renung ayat ni - surah An-nur :31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Ayat ini jelas menerangkan bahawa aurat kita boleh dilihat oleh siapa? Betapa Allah amat menyayangi hamba Nya. Kenapa kita tidak pernah menyayangi diri kita.. 

Jom sama-sama kita renungkan.. Adakah aurat kita dijaga dengan baik atau tidak?  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...