sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Khamis, 10 Mei 2012

minat ku pada sang kucing..

salam ukhuwah.

hari ini sebenar x de ape pun nak berkongsi. cuma nak berkongsi minat aku je. minat aku kepada haiwan. haiwan yang paling aku minat, sayang, suke.. cube korang teka... cepat la. teka la.. teka cepat.. sape dapat jawab aku bagi RM0.10.. ok x. hehhe.. just kidding. jawapan nye ialah, kucing.. nak tau kenapa aku suka kucing.. erm?????

xtau ade ke x kucing ni... 
rindu kot dengan mereka ni.. hihihi.. 



dari kecik lagi aku sentiasa ada binantang perliharaan iaitu kucing.. masa kecil2 dulu rumah aku banyak sangat kucing, macam 2 warne tau. nak cerita masa kecil2 dulu memang aku tak ingat sangat la.. aku minat kucing sebab.. ermm.. sebab.. kucing sangat comel.. hehe.. kucing seperti memahami tau,. lagi satu sebab, kucing ini mengingatkan aku pada arwah ayah aku yang tersayang. dia mengajar aku erti kasih sayang pada binantang sejak kecil.. aku rindu sangat saat melihat arwah ayah memberi makan pada binatang2 peliharaan, bergurau dengan kucing2 kat rumah.. masa kecik aku sememang nya rapat dengan ayah. bila ayah main dengan kucing aku sibuk kacau.. tu sampai sekarang aku sering sayang pada binatang.. bak kata arwah ayah "kita jaga dan sayang dia, satu hari dia akan jaga kita, sebab dia faham perasaan kita"

"ya Allah, tempatkan lah ayahku dengan orang2 yang soleh"

amin....

ok. dah tau kan kenapa.. erm.. lagipun, kucing kan binatang yang nabi Muhamad S.A.W suke.. korang bace ni ye.. aku copy paste je.. hehe

Kucing adalah salah satu binatang kesayangan Rasulullah SAW, walau pun Rasulullah memang menyayangi semua binatang. Rasulullah memiliki kucing peliharaan bernama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling disukai Rasulullah adalah Mueeza selalu mengeong kalau mendengar suara azan, seolah ngeongannya mengikuti lantunan suara azan

Pernah suatu ketika Rasulullah mau mengambil jubahnya, eh, rupanya Mueeza lagi asyik nongkrong dan mendengkur di atasnya. Nabi pun lantas memotong belahan lengan jubah yang lagi ditiduri Mueeza.

terdapat juga sahabat nabi yang menyayangi kucing sehingga di panggil dengan panggilan Abu Hurairah (bapa kucing kecil). sebab kenapa dapat gelaran tersebut.. ikuti kisah ini.. 

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.


hah.. tengok.. seorang sahabt nabi, boleh buat macam tu.. kita boleh ke. ?  

dengan gelaran tersebut reputasi Abu Hurairah x terjejas pun.. bagus kan.. 

disebabkan aku terlalu sayang kepada binatang yang dipanggil kucing ni, aku bercita-cita nak buka pusat perlindungan kucing terbiar.. wah.. cita2 besar kan.. hehe.. sampai sini je la ye.


coretan: jannah

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...