sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Khamis, 3 November 2011

profesion rasul.

salam ukhuwaah

kat sini aku nak berkongsi sikit ape yang aku bace dari sebuah majalah yang selalu aku beli.. majalah SOLUSI, mesti ade yang da tau. bagus la kepada sesiapa yang sudah tau, bagi yang x bace dan x pernah membaca aku ingin berkongsi sedikit.  terserah kepada korang untuk baca or x.. mesti ramai yang sudah bekerja kan. korang mesti ingat para nabi x kerja kan. korang salah. para nabi pun bekerja. kita manusia telah dilantik sebagai khalifah mestilah bekerja.ada dia antara para nabi tersebut merupakan orang pertama yang mempelopori sesuatu ciptaan atau wujud sesuatu sistem,. haa,, ni mesti korang nak tau.

Adam a.s : petani
Idris a.s : membuat pakaian dan menenun. manusia  pertama yang membuat fabrik daripada pokok kapas. sebelum itu,  manusia memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang.
nuh a.s : tukang kayu. orang pertama yang membina kapal daripada kayu.
daud a.s.: tukang besi.Baginda merupakan tukang besi pertama dalam sejarah. Nabi Daud a.s membuat baju besi dan pedang.
Yusuf a.s : budak suruhan dan kemudian diangkat menjadi wazir Mesir. Nabi Yusuf juga ada ilmu mentafsir mimpi dan bijak mengurus kewangan Mesir sehingga mampu berdepan dengan kegawatan akibat kemarau.
Musa a.s : penternak
Ibrahim a.s : petani dan penternak.
Ismail a.s: pemburu dan penternak. orang pertama menjinakkan kuda sehingga boleh ditungangi.
Ishak a.s : penternak.
Ya'kub a.s : penternak.
syu'aib a.s : penternak.
Soleh a.s : peniaga
sulaimana.a.s : pemimpin dan pentadbir yang mempunyai kerajaan besar ; meliputi manusia , jin dan binatang.
Ilyas a.s : penenun.
Muhammd s.a.w. : penternak kambing dan peniaga. namun hakikatnya Baginda seorang Nabi yang serab boleh ; Baginda seorang pemimpin negara, guru , dan pensyarah, imam, ketua tentera, pakar rujuk, perancang ekonomi, perancang strategik dan sebagainya.

masyaAllah. kenapa kita selama ini terlalu memuji orang barat dengan kebolehan mereka. sedangkan Nabi kita Muhammad s.a.w lebih banyak kebolehannya. renungkanlah sahabat2 ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...