sekadar renungan

Jangan sekadar menjadi Penonton….Bangunlah!!! Ceritakan Prestasimu sendiri hingga orang lain tertarik mengikuti ceritamu!

Khamis, 11 Oktober 2012

hikmah anak lelaki dapat dua bahagian dalam faraid.

assalamualaikum.. 

persoalan di sebalik hikmah lelaki mendapat 2 bahagian dalam faraid sudah dapat aku fahami. Bukan aku menafikan hukum yang Allah tetap kan kepada kita. cuma curious je pasal ni. Baru-baru ni beli buku Al-ustaz. ada tajuk faraid. tajuk dia memang sesuai dengan persoalan yang selalu bermain di minda.. 

ramai tertanya-tanya, kenapa anak lelaki mendapat 2 bahagian.. macam x adil.. bukan x adil.. sangat adil sebenarnya. kenapa? nak tahukan. ok. jom

1. Harta Kita Pinjaman Allah
  sememangnya kita semua tahu harta yang kita ada sekarang adalah pinjaman dari Allah. Diri kita sendiri juga adalah milik Allah. tiba masa nya nanti kita akan kembali kepada Allah dan da berakhirnya keperluan kita terhadap harta tersebut. Maka Allah memerintahkan kita agar harta tersebut diserahkan kepada orang tertentu. 
2. Hukum Allah, ujian buat Kita
 jika kita menerima dan melaksanakannya, maka sempurnalah kita menjadi mukmin yang taat. Jika menerima tetapi tidak melaksankannya, maka kita tetap seorang mukmin tetapi penderhaka. jadi sekiranya orang yang enggan  melaksanakan hukum faraid dengan anggapan bahawa hukum Allah itu tidak adil, maka batal lah syahadahnya. 
3. Allah yang Maha Adil telah menetapkan kadar bahagian masing-masing mengikut kadar keperluannya
  kenapa bahagian anak lebih besar dari ibu bapa? 
orang tua lazimnya sudah mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil. cabaran hidup yang dihadapi pun semakin berkurangan kalau dibandingkan dengan anak-anak si mati. atas dasar ini juga bahagian anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan. ini kerana anak lelaki lebih banyak keperluannya. tanggungjawab sangat besar.. lelaki berkewajipan untuk memberi nafkah sedang perempuan di beri nafkah. dalam pengurusan rumah tangga, kewajipan lelaki lebih besar daripada kewajipan perempuan. 
maka dalam  pembahagian harta pusaka, islam telah menetapkan kadar bahagian masing-masing bagi pewaris  mengikut kadar keperluan dan tanggungjawab mereka. 
4. Wajib bersegera melaksanakan hukum faraid. 
kita wajib menyegerakan pembahagian harta pusaka.hal ini  demi menghindari sebarang bentuk kezaliman berlaku,. 

 " Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka 
    daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan 
    orang-orang perempuan pula ada bahagian 
    pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama 
    ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan 
    itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan 
    ditentukan oleh Allah). "  
Surah An-Nisaa' ayat 7

                                     



Jumaat, 14 September 2012

penghinaan yang melampau.

assalamualaikum

apa khabar semua, harap semua sihat disamping mereka yang korang sayang. jangan sedih2 k. 

tapi sebenarnya aku sedih sangat. sedih dengan apa yang berlaku dengan agama kita. boleh pulak mereka menghina agama kita, nabi kita nabi muhammad S.A.W. melalui filem pendek.. terlalu bodoh sangat mereka ni, (maaf, ayat kasar). tapi sakit hati wei. Nabi kita telah dihina.

 Ya Allah, jauhkan lah  kami dari fitnah dunia, berikanlah kekuatan kepada kami untuk memerangi musuh2 islam.. 

sakit hati dengan mereka yang melakukan semua ni. yapi kita sebagai umat islam, membantah filem ni.. umat islam perlu bersatu. kita x membenci non- muslim tapi kita membenci mereka yang menghina islam, menghina nabi kita. 

jom semua bangkit,

sebenarnya xnk cakap ape sangat, cume rasa sedih dengan orang yang menghina nabi Muhammad s.a.w. tak patut mereka buat camni.. 

ya Allah, lindungilah kami umat islam.. 

Selasa, 28 Ogos 2012

hari raya.. 2012

assalamualaikum.

kita sekarang da masuk 2 minggu di bulan syawal yang penuh barakah. rasa bersyukur kerana dapat lagi berkumpul bersama keluarga. seronok sangat, semoga keluarga ku menjadi keluarga yang sakinah dan selalu di limpahi rahmat-Nya. x banyak pn nak tulis ni. cuma teruja nak tunjuk keluarga ku yang ceria sokmo.. luv u all.
menu wajib setiap kali raya

bakal imam.. macam kump nasyid pun ada

beratur semua... 

1st cucu y dapat duet raya

nak duet raya x?

perbincangan org bujang je hapa ni?

fateh.. macam x suke je kan.. malu sy.. 

alamak, terover plak.. -_-

peace all... salam eid mubarak

aish... melebih pulak dia posing

banyak x dapt cik kak oi..?

macam kenal je kan.. hehhe.. 

salam ada maksud ka ni?

akak-akak yang melayan kerenah adik-adik

sebenarnya keluarga aku ni x cukup lagi la, lagi 3 orang xde. so x dpt la berkumpul beramai-ramai. hehe. apa2 pun kami semua bahagia.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...