assalamualaikum..
persoalan di sebalik hikmah lelaki mendapat 2 bahagian dalam faraid sudah dapat aku fahami. Bukan aku menafikan hukum yang Allah tetap kan kepada kita. cuma curious je pasal ni. Baru-baru ni beli buku Al-ustaz. ada tajuk faraid. tajuk dia memang sesuai dengan persoalan yang selalu bermain di minda..
ramai tertanya-tanya, kenapa anak lelaki mendapat 2 bahagian.. macam x adil.. bukan x adil.. sangat adil sebenarnya. kenapa? nak tahukan. ok. jom
1. Harta Kita Pinjaman Allah
sememangnya kita semua tahu harta yang kita ada sekarang adalah pinjaman dari Allah. Diri kita sendiri juga adalah milik Allah. tiba masa nya nanti kita akan kembali kepada Allah dan da berakhirnya keperluan kita terhadap harta tersebut. Maka Allah memerintahkan kita agar harta tersebut diserahkan kepada orang tertentu.
2. Hukum Allah, ujian buat Kita
jika kita menerima dan melaksanakannya, maka sempurnalah kita menjadi mukmin yang taat. Jika menerima tetapi tidak melaksankannya, maka kita tetap seorang mukmin tetapi penderhaka. jadi sekiranya orang yang enggan melaksanakan hukum faraid dengan anggapan bahawa hukum Allah itu tidak adil, maka batal lah syahadahnya.
3. Allah yang Maha Adil telah menetapkan kadar bahagian masing-masing mengikut kadar keperluannya
kenapa bahagian anak lebih besar dari ibu bapa?
orang tua lazimnya sudah mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil. cabaran hidup yang dihadapi pun semakin berkurangan kalau dibandingkan dengan anak-anak si mati. atas dasar ini juga bahagian anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan. ini kerana anak lelaki lebih banyak keperluannya. tanggungjawab sangat besar.. lelaki berkewajipan untuk memberi nafkah sedang perempuan di beri nafkah. dalam pengurusan rumah tangga, kewajipan lelaki lebih besar daripada kewajipan perempuan.
maka dalam pembahagian harta pusaka, islam telah menetapkan kadar bahagian masing-masing bagi pewaris mengikut kadar keperluan dan tanggungjawab mereka.
4. Wajib bersegera melaksanakan hukum faraid.
kita wajib menyegerakan pembahagian harta pusaka.hal ini demi menghindari sebarang bentuk kezaliman berlaku,.
" Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka
daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan
orang-orang perempuan pula ada bahagian
pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan
itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah). " Surah An-Nisaa' ayat 7
orang-orang perempuan pula ada bahagian
pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan
itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah). " Surah An-Nisaa' ayat 7